top of page

Kediaman kita masih lagi mengunakan warna lama? Teringin tahun ini menukar warna yang baru, tetapi tidak tahu warna apa yang sesuai untuk diri kita dan kediaman.Ikuti 5  kaedah mencari inspirasi memilih warna yang sesuai untuk anda berdasarkan koleksi pakaian yang anda pakai.

#1 – Almari pakaian

Kebanyakkan pemilik kediaman keliru warna yang sesuai untuk kediaman tetapi mudah pula memilih warna pada pakaian. Oleh itu, lihat warna  yang dominan dalam almari pakaian anda. Jika banyak warna merah dalam koleksi pakaian anda, merah itu adalah warna kesukaan anda.

Warna merah ini boleh dijadikan sebagai feature wall ruang bilik anda. Feature wall merupakan satu dinding yang diwarnakan berbeza dengan dinding-dinding yang lain.


#2 - Baju dan Skirt

Warna utama sudah ada, tetapi bagaimana memilih warna yang secocok dengan warna utama? Anda sudah lihat koleksi baju? Cuba lihat koleksi skirt atau seluar anda dan warnanya. Apakah mix-match yang anda selalu lakukan untuk memandankan warna baju dengan warna skirt? Contohnya baju warna merah dengan skirt warna krim.

Maknanya anda boleh warnakan dinding yang lain dengan warna krim.

#3-Aksesori pakaian

Pakaian tanpa aksesori seperti keluar rumah tanpa make-up. Seperti tidak lengkap rasanya. Adakah anda suka padankan aksesori seperti tali pinggang bewarna coklat apabila memakai baju merah?

Warna ketiga iaitu warna coklat itu boleh dijadikan warna aksesori hiasan. Seperti kushion atau pasu bunga yang bewarna coklat.

#4-Pakaian Bercorak

Dalam almari anda ada pakaian bercorak? Lagi mudah untuk anda memilih warna untuk kediaman. Pereka-pereka fesyen memang pakar apabila memilih dan memadankan warna untuk pakaian, kerana mereka tahu apa yang menarik dan nampak hebat pada si pemakai. Pakaian bercorak ini juga boleh dijadikan idea untuk anda memilih kertas dinding.

#5-Warna pada perabot

Jika kurang gemar untuk  mewarnakan dinding dengan warna yang baru, cuba melabur membeli perabot atau aksesori yang bewarna untuk menceriakan kediaman anda. Tapi pastikan dinding rumah warna natural seperti putih, krim atau kelabu. Supaya perabot dan aksesori bewarna anda lebih menyerlah dan menonjol.Gunakan cara yang  sama seperti memilih warna dari pakaian. Selamat mewarnai kediaman anda.

Warna Kediaman Warna Pakaian

​Oleh Alam Anuar (February 2012)

bottom of page